Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 20 September 2011

BEKAS PENGERUSI SPR AKUI KELUARKAN IC PALSU


WIKILEAKS mendedahkan pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR tentang pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing untuk membolehkan BN menang pilihanraya negeri Sabah,pada 1990 an.

Taktik memenangi pilihanraya cara kotor ini diarahkan oleh Umno [Msiakini].



Pendedahan kali ini juga turut menyentuh tentang kes pemberian kerakyatan oleh kerajaan ke atas lebih 600,000 warga asing yang telah mengundi Barisan Nasional.

Sebelum ini wikileaks pernah mendedahkan hal pemberian kerakyatan kepada lebih 600 ribu warga asing sebagai balasan kerana mengundi BN pada 18 Ogos 2011, rujuk sini [Wikileaks]

Hasil dari perbuatan menjual negara ini, kini anda boleh lihat sendiri dengan mata kepala anda, bagaimana kes jenayah dan masaalah sosial yang begitu teruk berlaku di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, ramai wanita Islam rakyat Sabah yang diberi kerakyatan mudah kerana mengundi BN ini hidup susah, malah ada yang terpaksa bekerja di kedai yang menyediakan makanan tidak halal seperti babi


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bekas-pengerusi-spr-mengaku-keluar-60.html#ixzz1YUm3Rxj1

Tiada ulasan: