Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 18 September 2011

KALAU SUKA MENIRU DAN MENUPU MACAM NIE LAG GAYANYA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas pembangkang kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) 'mencuri' idea Buku Jingga mereka apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Bila buku Jingga itu keluar? (nampak sangat ketinggalan zaman ) baca  Buku Jingga) Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lepas, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana, di sini.

Hishammuddin yang ditemui pemberita diminta mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN mencuri idea mereka menerusi Buku Jingga yang dilancar pada Disember lepas.

Buku Jingga itu mengandungi janji pakatan pembangkang yang akan dilaksana dalam masa 100 hari jika mereka mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata kajian mengenai ISA diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009, iaitu lebih setahun sebelum Buku Jingga dilancarkan.

Dakwaan itu jelas menunjukkan pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS sudah ketandusan idea, kata Hishammuddin.

Semalam, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP dalam temubual dengan sebuah media elektronik mendakwa pemansuhan ISA itu hasil perjuangan pakatan pembangkang.

Pemansuhan ISA diumumkan Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia pada Khamis.

Hishammuddin turut mengakui wujud kebimbangan pada kalangan rakyat mengenai keselamatan negara yang selama ini dijamin di bawah ISA.

"Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih lagi terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dua akta tersebut selain menafikan undang-undang baru berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diciplak dari Singapura. 

sumber: Bernama

P/s :

siakap senohong gelama ikan duri
selalu sangat cakap bohong leh jadi menteri

Tiada ulasan: