Raja Abdullah daripada Jordan, sekutu U.S. paling rapat, telah menggantikan Perdana Menterinya pada hari Selasa lalu selepas bantahan ke atas harga makanan dan keadaan hidup rakyat yang miskin, dengan menamakan seseorang yang mempunyai latar belakang tentera untuk mengetuai kerajaan.
Seorang pegawai Jordan berkata raja menerima secara rasmi perletakan jawatan Samir Rifai, seorang ahli politik yang kaya dan juga bekas penasihat mahkamah, serta meminta Marouf Bakhit untuk membentuk satu kabinet baru.
Penunjuk perasaan yang diinspirasikan oleh bantahan secara besar-besaran di Tunisia dan Mesir telah menuntut pemecatan Rifai.
"(Bakhit) merupakan seorang bekas jeneral dan seorang duta besar ke Israel semasa Perdana Menteri sebelum ini. Dia dilihat seseorang yang mempunyai sepasang tangan yang selamat," menurut Rosemary Hollis, profesor kajian dasar Timur Tengah di City University London.
"Saya tidak melihatnya sebagai satu tanda liberalisasi. Perdana Menteri sebelum ini ada menyentuh mengenai reformasi tetapi sebenarnya hanya sedikit yang dilakukan," katanya.
Dikecam oleh rakyat yang berang ke atas harga makanan yang tinggi, Rifai mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan tentera dua minggu lalu dalam satu percubaan untuk mengembalikan ketenangan.
Bantahan telah merebak merentasi negara Jordan dalam beberapa minggu lalu, dengan penunjuk perasaan menyalahkan rasuah yang disebabkan oleh pembaharuan-pembaharuan dalam pasaran bebas untuk negara miskin.
Sumber : Reuters
Hebatnya rakyat Jordan. Raja mereka sendiri 'menurunkan' takhta Perdana Menteri selepas didesak rakyat kerana kenaikan harga makanan dan rasuah. Walaupun Perdana Menteri ambil hati dengan naikkan gaji, tetapi mereka tidak peduli kerana isu rasuah menjadi punca segala permasalahan di dalam negara. Ya, mula-mula naik gaji. Tak sempat naik gaji harga barangan makanan naik dulu.
Kalau di Malaysia, dapat naik gaji sekali dah cukup bagi mereka. Walaupun harga minyak naik setiap bulan tak jadi hal. Harga makan naik pun tak mengapa. Kami tetap memberi UNDI kepada mu PM1Malaysia. Betapa rendahnya mentaliti rakyat majoriti (baca : Melayu) di negara ini alahai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan