Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 2 September 2011

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT


Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh
Salam perjuangan dari saya dan seluruh EXCO dan warga DPP Malaysia buat kalian semua sempena menyambut Aidil Fitri Mubarak 1432.
Mudah - mudahan Aidil Fitri kali ini membawa kesan mendalam dan bermakna buat perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas tanahair tercinta ini. Aidil Fitri adalah mercu kemenangan ummat Islam sepanjang zaman. Aidil Fitri adalah lambang perjuangan ummat Islam syirik dan kezaliman. Aidil Fitri adalah tanda kesatuan ummah berasaskan kalimah Tauhid yang dikumandangkan di pagi Syawal.

Salam kemaafan jua dari kami seluruh warga DPP Malaysia.Sama - sama kita doakan agar perjuangan Islam yang kita dokong ini akan terus marak sekalipun kita terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang tidak sedikit untuk menjulang kalimah Allah swt mengatasi ideologi ciptaan manusia.

Minal A'idin wal Faaizin . Kullu A'am wa Antum Fi Taatillah
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: