Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Oktober 2011

USAHA BAIK TAPI ........

HIMPUN terus dibimbangi menjadi medan yang dikelirukan. Hasrat NGO itu diyakini baik, namun dibimbangi ada tangan ghaib yang mampu mencelah untuk mengambil kesempatan atas isu yang telah pun diguna oleh umNO.

Walaupun pengerusi HIMPUN telah menyatakan komitmen bahawa himpunan tersebut tiada kaitan dengan politik jahat , namun suara manusia munafiq seperti Zul Kulim dan Brahim katak dilihat bahawa usaha itu terdedah kepada agenda umNO yang menguasai media. Keputusan PAS malam ini sudah pasti menjadi perhatian semua.

Umum mengetahui sikap dan perjuangan PAS sejak dahulu yang menentang agenda memurtadkan umat Islam. Walaupun PAS pernah tidak bersetuju dengan Harusani, Mufti Perak, namun perjuangan Harusani menentang murtad disokong dan didokong oleh PAS, malah ketika Harusani meninggalkan isu Azhar Mansor dulu pun, pemuda PAS lah yang mendokongnya.... berdepan dengan polis dan pelbagai kritikan di saat mufti tersebut pergi ke Syiria!

Tidak cukup dengan itu usaha PAS berterusan mempertahankan mufti tersebut ketika diserang GERAKAN yang menjadi sekutu umNO dalam BN. Usaha dan komitmen PAS tidak boleh dinafikan lagi, cuma isu dan perhimpunan yang dirancang di Shah Alam ini dilihat di sudut politik. Sebab itu mesyuarat untuk mengambil keputusan dan sikap PAS diputuskan oleh lajnah politik, kerana ia berkait dengan strategi!

Jika PAS memilih untuk tidak terklibat bersama himpunan ini, PAS boleh sahaja menjadikan Parlimen medan perjuangannya.... satu medan yang tak mampu ditembusi oleh mana mana NGO. Menyokong tidak mesti hadir, hadir juga tidak bermakna menyokong... mungkin jika PAS menyokong , mereka boleh melilih untuk tidak hadir...sebagaimana jika umNO hadir ...belum tentu beerti mereka menyokong!

Ia perlu diperhalusi dengan sehalus halusnya demi mengelakkan usaha murni ini dicemari dan mencemarkan imej Islam. Ia usaha yang sangat baik namun waktu ia diketengahkan mungkin memerlukan penilaian semula menurut SIASAH SYAR'IYAH..

sumber: anaksengat

Tiada ulasan: