Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 20 November 2011

USAHA MEMURTADKAN UMMAT ISLAM MAKIN CANGGIH

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.


“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.


“Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup.” kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.“Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.


“Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran,” kata Dr Asri.


Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.


Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.


Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan  pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.


“Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .


“Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana,” katanya.


ulasan : 
Isu sebenarnya ialah taktik atau langkah yang digunakan 

Tiada ulasan: