Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Disember 2011

DR AZIZ Di Pelawa Sertai PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) mempelawa Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk menyertai parti PAS apabila menamatkan kerjayanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Dengan itu, katanya, Aziz akan dapat menerus dan mempraktik ilmunya sebagai pakar undang-Undang dan perlembagaan negara bagi membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini," kata naib ketua DPPM, Raja Ahmad Al-Hiss.

"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar.

"Malah kami yakin ruang di dalam PAS bagi mengembangkan ilmu beliau amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acapkali menjadi satu pertikaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh Aziz akan terus terpelihara "kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggubal perundangan itu sendiri".

"Kami di dalam PAS menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak.

"Dan kami menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.

"Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," tambahnya.

Tiada ulasan: