Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 14 Disember 2011

ISU CALON PRU 13: MAJLIS SYURA PENENTU SEGALANYA

PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk PRU13 kerana ianya masih belum diputuskan.Menurut Ketua Penerangannya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.Mengenai kedudukan Dato' Hassan Ali beliau menjelaskan:"Sekali pun nama beliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kreadibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon," katanya dipetik Sinar Harian.Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima  60% sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu. Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut. 

"Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri. "Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi.Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah. "Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli," katanya

Tiada ulasan: