Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 2 Februari 2012

PEMANDU BAS HENTI-HENTI MOGOK


Kira-kira 50 pemandu Bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru dibawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cutural Tourist Sdn Bhd (PMCT).

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan RM10 menjadikan tangga gaji sebanyak RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.


Pemandu bas yang tidak berpuashati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam" "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju,Rakyat Miskin" "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49 menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

Beliau menambah "Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu".

Beliau mendakwa jika mereka bekerja lebih masa dibawah skim gaji yang baru ini dengan bekerja 12 jam sehari mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1300-RM1400.

Menurut Rosman lagi pemandu disini telah mogok selama tiga hari bermula 31 Januari 2012 yang lalu.


Dengan syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1900-RM2100 termasuk komisyen dan elaun, dan apabila syarikat baru ini mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510 adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Untuk rekod syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa   daripada syarikat SCOMI Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Tiada ulasan: