Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Mac 2012

FGVH : AHMAD MASLAN CAKAP BOHONG

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa tanah peneroka tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka diambil melalui penyenaraian FGVH.

Menurutnya, Felda yang ketika ini merupakan badan berkanun memiliki seratus peratus FGVH manakala peneroka termasuk ahli keluarga dan kakitangan Felda memiliki seratus peratus KPF.

Sementara itu, FGVH dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51.

Ini bermakna KPF adalah pemilik majoriti FHB.

FHB memiliki pelbagai anak syarikat. Kerana KPF adalah pemilik 51 peratus FHB, maka ianya adalah juga pemilik syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB.

Namun ketika ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVH.

" Setelah jalan mesyuarat agung khas KPF gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVH, penasihat dan pengurus penyenaraian iaitu CIMB dan Maybak telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif.

"Maklumat terpecaya memberitahu, jumlah saham FGVH yang diperbesar bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.85 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM20 bilion kepada FGVH," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, Felda bakal mengambilalih 51 peratus milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikatdi bawah FHB dan digantikan dengan 1,265 juta unit saham biasa (boleh mengundi) dalam FGVH (37 peratus) dari kesemua saham FGVH yang diperbesar.

"Tetapi saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

"Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu leh Felda tidak diketahui," katanya lagi.

Selepas penyenaraian FGVH, KPF memiliki saham FGVH pada namanya sahaja dan yang berkuasa penuh ke atas harta itu ialah IHC.

"Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVH oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan kepada IHC.

"Pendek kata, KPF bakal menjadi bangkai bernyawa, ada harta tetapii beri pihak lain mengawal dan mengurus," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi kesediaan untuk berdialog dengan Ahmad mengenai penyenaraian FGVH.

"Ahmad Maslan jangan hipokrit, bercakap dalam dewan, bercakap dengan orang lain tapi bila ajak dialog tak mahu," katanya.

Semalam, Ahmad berkata, tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil selepas penyenaraian FGVH.

Beliau turut menuduh Mazlan menjadi dalang yang menghasut peneroka agar menolak penyenaraian

Tiada ulasan: