Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Mac 2012

Taktik Kotor : Pindah Khalid dari Selangor Ke KL

Jingga 13 menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) yang beroperasi sekarang sudah lagi tidak relevan dan wajar dirombak sama sekali.Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, integriti dan kreadibiti SPR sudah semakin rosak dan punah dengan palitan pelbagai penyelewengan, tidak adil, telus dan profesional.“Pelbagai laporan beserta bukti telah begitu banyak dilaporkan, tetapi malangnya SPR terus bersikap dwi-standard dan terus 'menegakkan benang yang basah' untuk menafikan segala permasalahan dan aduan yang dibuat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Beliau berkata, SPR terus dilihat gagal mengendalikan pilihanraya yang benar-benar bersih.Tambahnya, sikap tunduk kepada parti pemerintah dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.Katanya, tuntutan Bersih dianggap tidak penting dan gagal disempurnakan oleh SPR dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal.

Menurutnya lagi, parti pembangkang akan terus menjadi mangsa kepada SPR melalui undang-undang dan peraturan yang sentiasa berubah-ubah, tidak konsisten dan berat sebelah.“Adakah SPR adalah benteng terakhir Umno BN, bersekongkol dalam memastikan Umno BN terus menang dan menguasai Putrajaya?Katanya, pelbagai cara digunakan bagi memastikan kemenangan Umno BN di mana senarai pemilih yang terus diragukan, tidak dibersihkan walaupun pelbagai bukti dan usaha dibuat.


Justeru, ujarnya kebangkitan rakyat menolak Umno BN sahaja lagi yang tinggal dalam memastikan segala tipu helah SPR gagal.

Tetapi, ujarnya kelicikan SPR dengan pelbagai taktik dan strategi mampu menolak suara rakyat dengan memberikan kemenangan kepada Umno BN.


Beliau menambah, isu yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipindahkan dari Selangor ke Lembah Pantai adalah bukti yang menunjukkan SPR adalah gagal dalam bertindak telus, adil dan profesional.

“Apa lagi dalih dan alasan yang akan disampaikan oleh SPR?” soalnya.

Katanya, kes pertukaran tempat mengundi bukan perkara baru dan sudah melibatkan ribuan pemilih ditukarkan tanpa kebenaran mereka yang dibuat sewenang-wenangnya oleh SPR tanpa rasa bersalah termasuk pengundi yang mempunyai 2 atau 3 tempat mengundi di samping warga asing menjadi pengundi dan macam-macam kes lagi.

“Jingga 13 yakin bahawa SPR wajar diletakkan di bawah parlimen dan bertanggungjawab kepada parlimen, bukannya di bawah telunjuk Perdana Menteri supaya tidak ada sesiapa pun yang mampu mempengaruhi SPR,” ujarnya.

Menurutnya, integriti dan kreadibiliti SPR perlu dibersih dan direformasikan agar diyakini oleh rakyat dengan pilihan raya yang bersih, sistem dan pengurusan yang efektif, telus, adil dan profesional adalah menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: