Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 11 April 2012

Akta Baru Ber'Wajah' ISA

Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.

"Bagi saya ianya masih lagi mengandungi unsur-unsur pelanggaran secara tersirat dan perlu dibahas dengan teliti sebelum kita buat keputusan menerima atau menolak."Sehingga kini kita melihat kerajaan masih lagi tidak memberi satu jaminan bahawa undang-undang ini berbeza dengan ISA dan kita akan bahaskan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Beliau diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.

Ianya juga diluluskan untuk bacaan kali kedua dan akan dibahaskan pada Isnin ini.Pembentangan ini dibuat selepas ISA dikritik hebat ekoran sifatnya yang mebolehkan mangsa ditahan tanpa bicara yang disifatkan zalim dan melanggar hak asasi manusia.Perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September lalu juga mengumumkan pemansuhan ISA dan memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

"Kita juga lihat masih ada lagi kuasa-kuasan menteri yag boleh mengambil tindakan atas nama keselamatan, untuk menahan seseorang di bawah akta baru ini."Tidak ada masalah sama ada kuasa kepada polis atau menteri, cuma perlu jelas apa beza wajahnya dengan ISA," soalnya.

Tiada ulasan: