Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 7 April 2012

Ali Rustam, Boros dan Liabiliti

Seperti yang kita ketahui bahawa 'banyak berhenti dari bergerak' dan itulah kekunci yang sesuai digunakan untuk perkhidmatan monorel yang terletak di Taman Rempah di mana pusat operasinya monorel Melaka sejauh 1.5 kilometer menghubungkan Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat dan sudah 27 kali rosak sepanjang pembukaannya pada Oktober 2010 sehingga Oktober 2011. Setahun sahaja sudah 27 kali mengalami masalah.


Sikap yang tidak bertanggungjawab Ketua Menteri Melaka yang mahu melaksanakan projek Monorel Fasa 2 tidak sedikit pun mengendahkan dengan apa yang berlaku pada monorel Fasa 1 yang telah mengalami kerosakan hampir RM16juta. Fasa 2 pembinaan Monorel ini dijangka siap pada Februari 2013 yang menelan kos RM21juta.


Perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah. Projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn. Bhd. [sumber]

Begitulah sikap boros Ketua Menteri Melaka apabila projek fasa yang pertama gagal berfungsi sepenuhnya tetapi bermimpi mahukan projek fasa kedua. Bukan sedikit duit rakyat yang digunakan tetapi mencecah jutaan ringgit.

Selepas mengalami pelbagai kerosakan, operasi Monorel Melaka di Taman Rempah telah diambil alih pengurusannya oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkuatkuasa pada 5 Mac lalu.

Selain Monorel Melaka, PPSPM juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan Private Park dan roda berputar Eye On Melaka yang terletak di Jalan Tun Ali, dekat sini.

PPSPM diberi mandat untuk mengambil alih pengurusan Monorel Melaka, Private Park dan Eye On Melaka atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kenapa Ketua Menteri harus dilabelkan liabilit kepada rakyat? Beliau sesuai dilabelkan demikian kerana Ketua Menteri berpendapat adalah lebih mudah untuk PPSPM menguruskan Monorel Melaka dan kita telah mula menguruskan operasinya sejak 19 Mac lalu.

Beginikah cara Ketua Menteri menguruskan projek monorel? Kalau fasa pertama sudah gagal mengurus dan diserahkan kepada syarikat lain, bagaimana pula akan berlaku dengan fasa yang kedua. Inilah liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Melaka pada hari ini. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini membuktikan Ketua Menteri gagal mengurus dana awam dengan baik serta menjana pembaziran yang merugikan duit rakyat.

Adakah dengan Pertukaran pengurusan dapat membantu masalah Monorel Melaka? Mampukah PPSPM untuk mengekalkan semua beroperasi di tahap yang memuaskan?

SUMBER : Pas Melaka

Tiada ulasan: