Masa demo kat Mesir dulu, rejim Mubarak telah menghantar kumpulan mereka untuk menyamar sebagai rakyat biasa yang berdemo seperti membantah dan menentang pemerintahan Mubarak. Mereka dihantar untuk melakukan keganasan untuk memburukkan imej orang yang berdemonstrasi. Sedangkan orang yang benar2 menentang, mereka berdemo secara aman, tetapi kumpulan pro Mubarak inilah yang memulakan kekacauan. Hasilnya wujudlah berita tentang keganasan yang berlaku membuatkan orang yang cepat menilai dan cetek pengetahuan menyangkakan orang2 Mesir ini yang mula melakukan keganasan. Agaknya masa BERSIH tu, rasanya kerajaan ada guna tak teknik ni? Aku tak tahu. Tapi daripada kes yang berlaku di Mesir tu, minda aku semakin matang, pandangan aku semakin luas. Aku menjadi lebih teliti. Apa yang berlaku di depan mata tidak semestinya apa yang kita sangkakan. Fikir-fikirkanlah. ~Anak Kelantan Di Universiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan