TM baru menyentuh soal kad pengenalan Pemastautin Sementara petang tadi.
Pertama: JPN mendakwa kad yang tersebar di Facebook dan di blog itu adalah kad pengenalan versi lama (2001). Maknanya kad tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2010. Kad MyKas yang berwarna hijau mula dikeluarkan kepada Pemastautin Sementara mulai tahun 2010. Besar kemungkinan, kad yang tarikh luputnya 2013 dikeluarkan pada tahun 2009. Namun berdasarkan keadaan kadnya yang cantik dan kelihatan baru, agak sukar dipercayai kad itu dikeluarkan empat tahun lalu. Kalau dilihat pada keadaannya, kad itu seperti berusia kurang daripada setahun. Lainlah jika pemilik kad itu hanya menyimpan kad itu di rumah.
Kedua: Jika benar kad yang didakwa sesetengah pihak itu diberi kepada warga Burma, namun tertera status sebagai Pemastautin Sementara, maka dengan jelas JPN melanggar peraturan kerana kad pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas hanya diberi kepada individu yang dilahirkan di Malaysia namun mempunyai rekod kelahiran yang meragukan. Hal ini ada dijelaskan di sini.
Ketiga: Semakan yang dibuat beberapa pihak mendapati pemegang kad pengenalan yang tersebar itu tidak tersenarai dalam Daftar Pemilih. Berdasarkan penjelasan JPN sebelum ini, pemegang kad Pemastautin Sementara dan Pemastautin Tetap (MyPR) tidak boleh mengundi kerana mereka berstatus bukan warganegara. Hal ini ditegaskan oleh JPN di sini.
Namun, bagaimana ada pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara di Sabah boleh didaftarkan dalam Daftar Pemilih SPR? Hal ini telah dibuktikan di sini. Mengapa SPR memasukkan nama pemegang kad pengenalan ini dalam Daftar Pemilih?.
Berdasarkan putar belit JPN dan SPR, maka sudah jelas rakyat Malaysia yang mahu sebuah pilihan raya yang adil dan saksama perlu menyatakan sokongan kepada tuntutan BERSIH.
Ayuh, mari kita sertai BERSIH 3.0! -DCM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan