Jadi siapa gadai dan hina raja2 melayu??
Saya imbas kembali apa yang lepas2
Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
• Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa mantan MB Perak Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.
• Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.
• Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
• Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
• Dalam Persidangan Agung UMNO juga, perwakilanUMNO meminta harta Raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.
• Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan .
• Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
• Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir (mantan PM UMNO/BN)dan mengecam raja-raja Melayu.
• Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Annuar Musa (Tan Sri).
• Kenyataan biadab Dato' Seri Shahidan Kasim (mantan MB Perlis) mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)
• Dato’ Mohd Taib (mantan MB Selangor) kata Dato' Seri Nizar (mantan MB Perak) derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
• 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008
• Penyokong UMNO puak Dato' Seri Idris Jusoh (mantan MB Terengganu) pula mengatakan sultan Natang (loghat Terengganu bermaksud binatang). Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.
• Dato' Seri Shahidan Kasim (mantan MB Perlis) boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.
• Tan Sri Rahim Tamby Chik (mantan MB Melaka) meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.
• Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93).
Bekas Ketua Hakim Negara pernah berucap dalam satu forum yang mengatakan sistem kehakiman dirosakkan semasa zaman Tun M Malaysia sehingga berlaku pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada masa itu (1988) tetapi Tun M salahkan YDPA yang perkenankan pemecatan selepas dinasihatkan PM.
Jadi siapa ajar pembangkang "hina "kesultanan???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan