Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 1 April 2012

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin Kali Ke 29

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah mengadakan mesyuarat agung Dewan Pemuda untuk kali ke 29 pada hari ini bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin , Kampung Kelubi Jasin. Program yang diadakan untuk mengumpulkan tenaga-tenaga pemuda khususnya sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum yang ke 13 ini. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri Melaka , Ustaz Kamaruddin bin Haji Sidek.


Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah mengingatkan para perwakilan agar membuat persediaan yang rapi serta senantiasa bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi memastikan segala gerak kerja yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Turut hadir dalam majlis tersebut Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin dan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Melaka

Tiada ulasan: