Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 24 April 2012

Seruan Shahrizat Pertahan Kerajaan Sekular

Walaupun tidak lagi memegang sebarang portfolio di dalam kerajaan, Shahrizat nampaknya masih setia dengan UMNO-BN dengan menyeru rakyat agar terus memberikan mandat kepada kerajaan yang sedia ada. Sambil cuba mengajar rakyat agar jangan beremosi di dalam memilih kerajaan, ternyata seruannya itu ditumpukan kepada rakyat biasa yang masih boleh ditipu dan dipermainkan. Tapi ternyata ‘ajaran-ajaran’ beliau itu dilihat sekadar bertujuan untuk mengekalkan kekuasaan dan pemerintahan kerajaan sekular yang sedia ada. Jadi, apakah kenyataan Sharizat itu sendiri tidak bersifat emosi?


 Shahrizat menuduh pihak pembangkang melakukan provokasi padahal, Barisan Nasional sendiri memainkan emosi rakyat dengan segala macam bentuk propaganda-propaganda yang dilakukan oleh semua media arus perdana. Akibat didedahkan dengan segala bentuk propaganda, maka sudah tentu rakyat akan terpengaruh dan mereka seolah-olah ‘dipukau’ untuk memilih BN akibat ‘ketidakstabilan emosi’ hasil daripada propaganda kerajaan. Akhirnya tanpa disedari, rakyat telah memilih kerajaan sekular yang terbukti sejak lebih 50 tahun yang lalu, tidak mahu menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. 


Sebagai seorang Islam adalah menjadi kewajiban untuk setiap daripada kita sedar akan permainan kotor media-media arus perdana itu dan kembali mengikat diri dengan hukum syara’ ketika melakukan setiap perbuatan termasuklah dalam persoalan mengangkat dan memilih pemimpin. Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna telah menjelaskan bahawa di dalam urusan mengangkat pemimpin ini, kuasa memilih itu berada di tangan umat. Ini diambil daripada fakta bahawa syara’ telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat, di mana seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan setelah melalui proses bai’at. 


Dalil menunjukkan bahawa syara’ telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat sebagai suatu perkara yang tegas sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith-hadith tentang bai’at. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit yang berkata: "Kami telah membai’at Rasulullah saw untuk setia mendengar dan menta’ati perintahnya, baik dalam keadaan susah maupun baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun tidak kami senangi". Dari Jarir bin Abdillah yang berkata: "Aku memba’at Rasulullah saw untuk mendengar dan menta’ati (perintah)-Nya dan aku akan menasihati tiap kaum Muslimin". 


 Bai’at tersebut diberikan oleh kaum Muslimin kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada kaum muslimin, kerana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai penguasa mereka. Inilah juga yang menjadi bukti bahawa kekuasaan di tangan umat. Nabi SAW, sekalipun baginda adalah seorang Rasul namun baginda tetap mengambil bai’at dari umat. Ini menunjukkan bahawa bai’at tersebut adalah untuk mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan, bukan bai’at terhadap kenabian. 


Baginda SAW telah mengambil bai’at tersebut tidak kiralah samada daripada lelaki mahupun wanita dan baginda tidak mengambil bai’at daripada kanak-kanak yang belum baligh kerana kaum musliminlah yang mengangkat seorang Khalifah dan membai’atnya dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di samping itu, Khalifah mendapatkan kekuasaan hanya dengan adanya bai’at tersebut, maka semuanya tadi telah menjadi dalil yang tegas bahawa kekuasaan adalah milik umat di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. 


Justeru, memilih pemimpin tanpa bai’at yang sah bertentangan dengan ajaran dan hukum Islam apalagi jika pemimpin tersebut tidak menerapkan hukum Islam secara menyeluruh serta pada masa yang sama terus mengekalkan sistem sekular yang ada berlandaskan kepada perlembagaan taghut ciptaan Lord Reid. Oleh kerana itu, sewajarnya umat Islam tidak boleh lagi diperbodohkan dengan kenyataan Shahrizat seperti di atas.

Tiada ulasan: