Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 April 2012

SUSULAN KES UGUT BUNUH KIBAR BENDERA PAS

Ekoran kes ugutan bunuh terhadap suami kepada seorang surirumah di Bukit Baru ini khamis lepas, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Khoo Poay Tiong, dan Kamaruddin Sidek mengeluarkan satu kenyataan akhbar di rumah mangsa yang terletak di Bukit Baru semalam.


YB Khoo Poay Tiong Adun Ayer Keroh (DAP) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menyatakan pendirian beliau terhadap kejadian tersebut. Beliau juga berharap pihak Polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak terbabit, supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi


Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan beliau memandang serius terhadap ugutan ini, kerana ugutan sebegini jarang-jarang diterima, iaitu adanya unsur ugutan bunuh. Beliau meminta kepada pihak Polis supaya laporan ini dipandang serius kerana ada unsur ugutan bunuh yang mana menurut seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugutan jenayah.



"Saya turut mencabar Ketua Menteri Melaka ambil sikap yang gentlemen dan masuk ke dalam pilihanraya serara beradab, dan menggunakan saluran yang demokratik." ujar beliau lagi.

Kamaruddin Sidek yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka turut mengulas jika pihak Polis lambat bertindak, ini akan melahirkan penjenayah baru. Beliau bimbang insiden sebegini berulang pada masa akan datang, dan akhirnya orang ramai akan menyalahkan pihak seselamatan kerana mengambil sikap tunggu dan lihat.


Sumber : Penyelia Dun Bukit Baru 

Tiada ulasan: