Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 2 Mei 2012

Hishamuddin arah media tidak lapor keganasan polis

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, menjelaskan berhubung arahan beliau kepada pengarang media untuk tidak melaporkan keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Beliau yang mempunyai bukti tersebut berkata, Hishamuddin mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama datang bertemu beliau sehari sebelum perhimpunan itu bagi memberikan taklimat bagaimana mereka perlu melaporkannya.

 “Pada 27 April 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau. “Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis,” katanya pada kenyataan. Surendran berkata, tindakan Hishamuddin itu sama sekali melanggar sistem demokrasi yang terang-terangan menyekat kebebasan media.

 “Ini juga serangan serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan. “Dalih (Datuk Seri) Najib (Razak) dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan,” ujarnya. Ekoran itu, beliau menggesa Hishamuddin mendedahkan butiran tersebut dalam masa 24 jam berkenaan arahan itu. 

“Kami menyeru Hishamuddin mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu. Kami seterusnya meminta Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa. “Pihak polis dengan jelas mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari,” kata beliau.

 Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tiada ulasan: