Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 19 Mei 2012

Laporan polis berkenaan penganjuran program Irshad Manji

Laporan polis berkenaan penganjuran program Irshad Manji di Monash University, Sunway Campus, telah dibuat oleh wakil PEMBINA. Promosi program ini begitu meluas disebarkan di laman Facebook yang mempromosikan sesi bersama Irshad Manji di Monash University, Sunway Campus, pada 18/5/2012 dan akan berlangsung pada jam 1.00 p.m. sehingga 2.00 p.m. Apabila wakil PEMBINA menghubungi Encik Mohamad Ismail untuk mendapatkan pengesahan, respon beliau adalah program ini akan berlangsung dan hanya terbuka untuk komuniti kampus Monash University. 

Umum harus menyedari bahawa, Irshad Manji merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan idea untuk menterjemahkan semula ajaran agama Islam dalam bentuk yang baru dan liberal. Penganjuran program seperti ini adalah tidak wajar dilaksanakan di Malaysia kerana fahaman yang dibawa oleh Irshad Manji adalah satu fahaman Islam yang terpesong daripada ajaran sebenar dan menyesatkan. Sesi bual bicara ini yang dianjurkan di institusi pengajian tinggi pada masa Solat Jumaat jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan cuba untuk mempromosikan kefahaman Islam Liberal yang jelas sesat. Oleh itu, PEMBINA menggesa pihak polis supaya menyiasat penganjuran program ini dan mengambil tindakan terhadap pihak penganjur atas akta hasutan 1948 kerana tidak menjaga sensitiviti agama masyarakat Malaysia dan ummat Islam kerana cuba mempromosikan ajaran sesat. Ini jelas bertentangan dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan.~PEMBINA MALAYSIA

Tiada ulasan: