Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 Mei 2012

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin Kali Ke 45


Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jasin Kali ke 45 bertempat di Kompleks Pas Kawasan Jasin dekat sini .Program yang betujuan membincangkan isu-isu terkini dan program pas kawasan untuk jangka masa panjang ini telah dihadiri oleh perwakilan dari setiap MTD dalam Parlimen Jasin. Program telah selamat disempurnakan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan kepada semua perwakilan untuk sama sama melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan dan kejayaan terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang bakal dilaksanakan bila-bila masa. Beliau juga turut mengingatkan agar senantiasa berhati-hati dengan setiap provokasi yang dirancang dan dilakukan oleh pihak lawan. Dalam program tersebut beliau juga telah sudi untuk merasmikan program Jasin Centre yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin.

Tiada ulasan: