Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 24 Mei 2012

MUZAKARAH : WAYANG UMNO SEBELUM PILIHANRAYA

Isu muzakarah hanyalah wayang lama Umno setiap kali musim pilihan raya untuk memberikan gambaran kononnya Umno ikhlas mahukan perpaduan Melayu.Hakikatnya perpaduan Melayu tidak ada ertinya sekiranya ia bertujuan untuk mengekalkan kezaliman dan penyelewengan pemerintahan Umno sejak puluhan tahun.Demikian ditegaskan oleh Dr Khairuddin at-Takiri, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan semalam.Menurut beliau lagi, PAS komited bersama Pakatan Rakyat mengharungi Pilihan raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung berasaskan kaedah Islam yang membenarkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik untuk menentang kezaliman dan melakukan amar makruf dan nahi munkar.

Jelasnya, Nabi s.a.w. memuji pakatan dan kerjasama antara orang-orang Arab jahiliyyah dalam Hilf Al-Mutayyabin dan Hilf al-Fudhul yang bertujuan menentang kezaliman dan mempertahankan kebenaran dengan menyatakan bahawa sekiranya baginda diseru bersama pakatan dan perjanjian kerjasama seumpama di zaman Islam pasti sahaja baginda menyahutnya. (Hadis riwayat Ahmad)Beliau menjelaskan lagi, tahaaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP adalah wadah terbaik untuk menentang kezaliman dan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno."Oleh itu, semua lapisan masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam diseru bersatu dan berpadu di bawah payung Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang bagi membentuk kerajaan baru yang lebih adil dan telus bertunjangkan kebajikan berasaskan Islam," ujarnya.

Tiada ulasan: