Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 22 Mei 2012

PAS TANGGUH MUKTAMAR TUMPU IJTIMAK PRU DAN MUNAJAT PERDANA

PAS memutuskan untuk menangguh Muktamar parti itu yang dijadualkan awal bulan depan dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat PAS pusat pada 13 Mei lalu.Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan.

"Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Ijtimak tersebut, katanya, akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri."Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam. Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat," katanya sambil menambah bahawa semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan.

"Munajat perdana insya-Allah akan dipimpin sendiri oleh Murshidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz, manakala amanat Presiden akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

"Ijtimak kali ini juga akan disertai beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS."Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti," tambah Tuan Ibrahim.Sehubungan itu, katanya, semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti.

Tiada ulasan: