Pendidik yang ditubuhkan di negeri Melaka ini merupakan negeri yang kedua selepas negeri Terengganu. Tujuan utama pendidik ditubuhkan untuk membela guru yang dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan politik sempit pihak UMNO yang tidak mahu warga pendidik menyertai parti politik bersama Pakatan Rakyat.

Seramai 80 orang pendidik dari seluruh Melaka hadir dalam program perasmian semalam yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang sambil dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan.
Pendidik negeri Melaka telah dirasmikan oleh Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat dan merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat yang turut dihadiri pimpinan PAS Melaka pada majlis perasmian tersebut. Bagi Pendidik Melaka, ia diwakili oleh Azrin Abd Majid selaku Pengerusi Pendidik Melaka.
Antara yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustz Kamaruddin Sidek; Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah; Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man dan beberapa pimpinan PAS Negeri Melaka dan kawasan-kawasan.~PAS MELAKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan