Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2012

‘Polis halang doktor rawat selepas pukul saya’

Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.“Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.

“Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara,” katanya.Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.“Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis,” katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.

Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.“Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tiada ulasan: