Pembayaran royalti petroleum pada kerajaan Kelantan di samping perbelanjaan yang tidak boros oleh pemimpin di setiap negeri terutama di negeri pengeluar minyak, akan menyelesaikan masaalah kebajikan rakyat yang tidak pernah selesai.Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerana Kerajaan Pusat menggelapkan bayaran royalti kerajaan Kelantan, kebajikan rakyat tidak boleh diatasi sebaik mungkin kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang besar.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Majlis Persatuan Kebajikan Semenanjung Malaysia Ke-61, di sebuah hotel di sini tengahari tadi.
Husam juga turut mempersoalkan bayaran zakat dengan cukai kesemuanya dibayar untuk tujuan kebajikan."Cuma yang berbeza zakat pembayarannya mesti meliputi lapan kumpulan sasar yang telah ditentukan oleh syarak,"ujarnya lagi.Menurut Husam lagi, dengan hasil keuntungan Petronas setahun mencecah RM80 billion, sudah tentu bayaran zakatnya sebanyak RM2 juta.Tambahnya, dengan wang zakat tersebut kerajaan mampu menyalurkan sumbangan kepada rakyat miskin di seluruh negeri melalui pelbagai peruntukkan sama ada pembinaan rumah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.
Husam seterusnya menambah kata, jika ia berlaku, isu kemiskinan, masaalah ekonomi di kalangan rakyat, kenaikan harga barang dengan sendirinya secara automatik dapat diatasi."Tetapi malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya wang zakat dari Petronas tidak dikeluarkan, royalti untuk kerajaan Kelantan juga tidak dibayar dan negeri-negeri pengeluar minyak juga tidak membantu rakyat yang miskin sepenuhnya,"ujarnya.Tegasnya, apabila pentadbiran berlandaskan Islam, segala kekusutan akan terlerai dengan mudah termasuk bukan Islam yang turut bernaung di bawah negeri-negeri berkenaan.
Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM54 juta kepada wasi Takaful Kifaalah setelah pencarumnya meninggal dunia sejak ianya diperkenalkan tahun 2007.
Sambungnya, bantuan RM1,500 setiap keluarga yang dinamakan ke atas wasi masing-masing telah dapat menyelesaikan masaalah pengurusan jenazah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.Husam berkata demikian dipercayai menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Dipertua majlis berkenaan, Datuk Mastika Junaidah Husin, yang meminta pendapat bagaimana untuk mencari dana yang besar untuk membantu masyarakat khususnya warga emas yang dhaif.Junaidah berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena mesyuarat agong majlis tersebut.Katanya, dengan dana yang begitu berkurangan, ditambah pula kepeluang masyarakat yang semakin meningkat di seluruh negara, menyebabkan bantuan pihaknya untuk golongan itu terbantut."Sekiranya sebelum ini majlis tersebut mendapat dana yang besar dari Loteri Kebajikan Masyarakat, namun selepas ianya dimansuhkan kerana bertentangan dengan syariat, dana semakin berkurangan."Jadi kita perlu pandangan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan semula peruntukkan untuk membantu golongan yang amat memerlukan ini tanpa mengharapkan pihak lain,"ujarnya.Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua MPKSM Kelantan, Datuk Ismail Hassan, lain-lain pimpinan MPKSM peringkat pusat dan negeri.
Isnin, 14 Mei 2012
Zakat dan Royalti Mampu Selesai Isu Kebajikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan