Surat Khabar Al-Wafd menyebut :
Tentang Ahmad Syafiq dan Omar Sulaiman yang meninggalkan Mesir bersama keluarganya dengan menaiki kapal terbang menuju ke UAE.
Dikatakan Ahmad Syafiq dan 3 orang anak perempuannya pergi meninggalkan Mesir awal pagi tadi (selasa). Tidak dipastikan sama ada beliau akan menghadiri kes salah guna kuasa yang akan disebut di Mahkamah nanti.
Dipastikan bahawa Omar Sulaiman yang merupakan Naib Presiden yang dilantik Mubarak sebelum ini juga berbuat demikian beberapa jam sebelum pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai presiden.
Di lapangan terbang, rata-rata pekerja melemparkan luahan marah dengan kata-kata :
"engkau hancurkan negara ini dan engkau lari begitu sahaja" tanpa dibalas oleh Ahmad Syafiq dan dia hanya berdiam diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan