Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 21 Jun 2012

Anak Muda Pencetus Revolusi Kepimpinan Negara.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Ketika ini Dewan Rakyat sedang berlangsung dengan hangatnya. Wakil-wakil rakyat yang diberi mandat pada Pilihan raya lepas sedang sibuk membahaskan pelbagai rang undang-undang mahupun pertikaian-pertikaian pelbagai isu.Mungkinkah ini merupakan sesi Dewan Rakyat yang terakhir sebelum PRU 13 diadakan. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan yang mana Perdana Menteri masih lagi berminat bermain tarik tali, berteka teki tarikh sebenar PRU 13.

Apakah yang menjadi kebimbangan PM sehinggakan pecah kepala memikirkan tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen dan secara tidak langsung memberi laluan kepada PRU diadakan?Adakah BN takut akan tewas atau takut dipersalahkan kerana sebelum ini BN tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya umum.?Pakatan Rakyat pula tidak sabar-sabar mahu merobek kubu-kubu kuat Barisan Nasional. PR semakin rancak melaung-laungkan amaran bahawa akan menggantikan BN sebagai kerajaan pusat. BN pula semakin gelisah dengan permain psikologi PR untuk menawan Putrajaya.Namun, perlu diberi perhatian bahawa fenomena pengundian sekarang amat berbeza berbanding 3 ke 4 tahun dahulu. Jika dahulu pengundi mudah disogok dengan pelbagai gula-gula pilihan raya, mudah disogok dengan pelbagai projek express, mudah dikaburi dengan wang ringgit yang banyak.

Namun, hari ini perkara yang sama tidak mungkin akan berlaku. Hari ini penentuan kemenangan PRU akan datang adalah undian anak muda atau mahasiswa. Hal ini jelas apabila kedua-dua komponen parti PR dan BN sedang sibuk bergasak untuk memenangi hati anak muda. Dari tawarkan pendidikan tinggi percuma sehinggakan pelbagai program jalankan khusus untuk anak muda. Ternyata anak muda menjadi rebutan menjelang PRU ke 13. Hari ini anak muda bagi pertama menjadi rebutan. Menjadi rebutan sang penguasa yang ingin kuasa. Jelas dari anak muda jangan jadikan peribahasa Melayu menjadi kenyataan "Habis madu sepah dibuang".

Di peringkat anak muda, jelas kami mahukan pemimpin yang bersih, amanah, dan adil, mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri, mampu membawa kesejahteraan kepada negara. Kami tolak sama sekali pemimpin yang menggunakan kedudukan untuk mengumpulkan harta kekayaan, mendapatkan projek, mengayakan kaum keluarga, mengamalkan rasuah di sana sini, dan tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup.Anak muda bukan anak patung yang mudah ditipu daya. Kami mampu menilai yang mana baik yang mana batilnya. Sekiranya pemimpin sering membuat onar. Kami akan menghukum mereka di PRU 13 yang bakal tiba.

Tiada ulasan: