Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 19 Jun 2012

BEKAS TIMBALAN MENTERI PELAJARAN SERTAI PAS

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini, demikian dilaporkan oleh Harakahdaily.Laporan itu menyebut, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dengan disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.Harakahdaily memetik Salleh sebagai berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah."Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan," katanya.Salleh, 68 pernah menjadi ADUN dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan: