Pas Melaka akan menampilkan beberapa calon wanita bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Calon itu sebagai menghargai golongan wanita yang banyak membantu serta sokongan wanita sekarang yang mahukan PAS Melaka melakukan perubahan.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, senarai nama pemimpin wanita yang terpilih sudahpun dihantar, namun keputusan muktamat hanya terletak di tangan barisan kepimpinan Pas pusat. Sudah sampai masanya calon wanita di Melaka diberi pengiktirafan selaras dengan peranan dimainkan selama ini dalam membantu jentera parti.
PAS Melaka sebelum ini belum pernah meletakkan calon wanita bagi kerusi yang dipertandingkan dan ini merupakan kali pertama PAS meletakkan calon dari golongan wanita.
Kita merasakan Pas Melaka perlu memberi peluang kepada calon wanita dan kita ada hantar senarai calon wanita, cuma akan diputuskan kepimpinan Pas di peringkat pusat dan nama-nama tersebut telah dihantar ke pusat untuk membuat pilihan~PAS MELAKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan