
Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat."PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.
"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman.Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama.~HRKH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan