Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 12 Jun 2012

RM100 juta wang kebajikan peneroka lebur

Dianggarkan sebanyak RM100 juta bantuan kebajikan kepada peneroka akan dipotong selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Chen berkata pada 2011, Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 Felda bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka ke RM326 juta. Pemotongan itu katanya disebabkan kesan langsung dari pajakan tanah kepada FGVH yang menyebabkan pendapatan Felda menurun. "Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak (kepada FGVH), pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%. "

Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta," katanya. Kebimbangan serupa sebelum ini turut dibangkitkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Mazlan Aliman. Selama ini, peneroka menerima bantuan kebajikan dalam bentuk infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans. Bagaimanapun nilainya didakwa akan dipotong selepas penyenaraian nanti.

 Butir-butir potongan adalah seperti berikut:

 • Pembangunan Infrastruktur dikurangkan sebanyak 57%. 

 • Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27%. 

 • Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22%. 

 • Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25%. 

 • Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25%. 

 Menurut Wong Cheng, semua butir-butir tersebut adalah daripada Bajet rasmi Felda 2012 sendiri. "Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya, kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta," katanya.~HRKH

Tiada ulasan: