Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Jun 2012

UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..

Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi. 

Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi? Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi. 

Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu! Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI! 


Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda! Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!~ KING OF GOBLOK

Tiada ulasan: