Kemenangan calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, selepas menguasai 51.73 peratus undi mendahului lawannya yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan meraih undi 48.27 peratus undi didakwa menyebabkan pemimpin UMNO kurang selesa dengan perkembangan terbaru itu.
Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, hal itu kerana membayangkan bahawa gerakan Islam Mesir itu sealiran dengan PAS dan kemenangan itu mampu memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik tanah air.
”Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO semacam tak gembira dengan perkembangan terkini politik Mesir. Dengan kemenangan calon dari kumpulan gerakan Islam sealiran dengan PAS.
”Saya percaya perkembangan ini pastinya memberikan impak dan kesan besar kepada politik negara kita. Imbas kembali sejarah kemerdekaan negara ianya dimulakan oleh kesedaran ulamak-ulamak yang belajar di timur tengah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang diumumkan oleh ketua suruhanjaya pilihanraya Mesir, Farouq Sultan berhubung kemenangan Mohammed Mursi sebelum ini.
Farouq dilaporkan berkata, terdapat 50,3 juta pengundi layak dengan 37,000 undi dibatalkan.
Mursi disokong Ikhwan Muslilin yang pernah diharamkan, manakala Ahmed Shafiq adalah Perdana Menteri era rejim Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan.
Berita kemenangan itu, disambut dengan sorakkan daripada penyokong Mursi yang berkumpul do dataran Tahrir sejak awal pagi lagi.
Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu, namun ditangguhkan.
Sumber : Ibn Bacoks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan