Selepas pihak media mengumumkan kepada masyarakat mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit, ramai yang memberikan respon. Ada respon yang positif ada yang negatif. Namun ia lebih tertumpu kepada respon yang negatif.
Benar, telefon bimbit memang sangat penting lebih-lebih boleh menghubungi keluarga pelajar.
Namun, jika disalah gunakan boleh menyumbang kepada aktiviti yang tidak sihat. Apapun, ini adalah cadangan yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
Jika mendapat pandangan yang positif kemungkinan besar usul ini akan diluluskan dan berkuatkuasa mulai tahun depan. Jika dipandang dari sudut positif, memang lah ia sangat berguna untuk tujuan keselamatan dan komunikasi yang paling mudah. Tapi bagi murid yang memegang telefon bimbit akan menyumbang lebih kepada keburukan berbanding kebaikan.~Melayukini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan