Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.
Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.
Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.
“Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi,”ujarnya ketika dihubungi hari ini.
Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa.
“Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat.
“Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,”ujarnya.
Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing.
Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.
Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu.
“Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,”ujarnya.
Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.
Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu, Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.~HRKH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan