Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 15 Julai 2012

Noh Omar Akui Kejayaan Kerajaan PR Selangor

Kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang bersetuju meneruskan pemberian air percuma di Selangor sekiranya dapat merampas semula negeri itu membuktikan beliau turut mengiktiraf kejayaan Pakatan Rakyat (Pakatan). Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Najwan Halimi, tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu menunjukkan beliau terdesak meniru Pakatan bagi meneruskan usaha merampas negeri itu. “Kenyataan tersebut jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ditunjangi KEADILAN dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri.

 “Umno semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat,” katanya pada kenyataan. Kata Najwan, walaupun pahit untuk Noh terima hakikat bahawa beliau terpaksa menjilat semula ludahnya yang lantang sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan negeri akan muflis kerana air percuma. 

“Jika sebelum ini pimpinan Umno Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri, ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat. “AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama membantu kerajaan Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya,” katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tiada ulasan: