Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Julai 2012

Pemimpin Zalim, Korup itu Mufsidun - Dr. Mohd Nur Manuty

Pemimpin yang zalim, amal rasuah, aibkan orang dan merosakkan masyarakat itu lebih layak digelar ‘mufsidun’, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melabel peserta Bersih sebagai ‘mufsidun’ yang bermaksud golongan membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara. 

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara di Serdang pagi semalam. “Istilah yang digunakan Najib itu tidak tepat sama sekali, peserta yang mengambil bahagian dalam Bersih termasuklah sasterawan negara, A. Samad Said, ilmuan agama, peguam dan ahli profesional, adakah mereka semua ‘mufsidun’?” soal Mohd Nor. 

Menurut Muhamad Nur, istilah ‘mufsidun’ sepatutnya digunakan dalam konteks yang ‘syumul’ iaitu secara menyeluruh, bukan hanya kerana rakyat berhimpun menuntut keadilan terus dilabel sedemikian rupa. “Mereka yang hadir pada himpunan 28 April lalu lebih sesuai digelar ‘al-muslihun’ kerana mereka berjuang memperbaiki sistem pemerintahan negara yang semakin korup dan zalim,” katanya. 

“Bukan hanya tok imam yang perlu jadi ‘muslihun’, tapi setiap orang, tak kira pengamal undang-undang, pegawai kerajaan malah pemimpin sendiri, bukannya ambil duit rakyat kemudian mengagihkan sesama keluarga mereka,” sindirnya. 

Tiada ulasan: