Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 16 Julai 2012

Polis belasah peserta Bersih berkali-kali

Oleh Aisha Geoffrey

Saksi pertama sidang ketiga pendengaran awam Bersih 3.0 memberitahu, muka dan kepalanya disepak anggota polis berkali-kali di Jalan Masjid India sebelum ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol). “Saya telah dikepung 10 (anggota) polis. Mereka sepak muka, kepala dan badan saya berkali-kali,” kata Adrian Loh Kok Swee. Andrian, 39, juga dinafikan hak untuk memanggil peguam mahupun keluarga, malah air juga tidak diberikan sewaktu beliau ditahan di Pulapol. 

“Saya ditahan sekitar jam 7.30 petang, dan ketika itu, saya dilarang membuat panggilan kepada sesiapa pun. Bila saya minta air untuk minum, polis juga tak mahu beri,” jelas Andrian. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen, hari ini. Menurut Andrian, polis tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat dan bertanya: ‘kenapa pakai baju kuning?’. Adrian kemudian terpaksa dibawa ke hospital sewaktu dalam tahanan dan doktor mengesahkan tisu abdomen belakangnya terkoyak akibat dibelasah. Turut dipanggil menjadi pemerhati, wakil polis dan Badan Peguam. Pada 6 dan 11 Julai lalu, seramai enam saksi tampil memberi keterangan di hadapan panel yang sama.~Keadilandaily.com

Tiada ulasan: