Percaya atau tidak, itulah realiti sebenarnya yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) yang terpaksa mencari dana berjumlah RM3 juta bagi menampung kos jurulatih dan pemain terutama pemain dari luar Melaka.Kemerosotan bola sepak Melaka disebabkan penghijrahan ramai pemain berbakat ke negeri lain berikutan tawaran gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Mafa yang hanya sekitar RM600 di bawah paras gaji kemiskinan sedangkan kos untuk sukan bola sepak adalah tinggi.
Mafa sekadar mampu membayar gaji antara RM600 dan RM800 sebulan, manakala pasukan lain membayar antara RM1,500 dan RM2,000 lebih tinggi dari Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa). Hutang Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) pula telah meningkat kepada RM2 juta dan ia tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dibayar berjumlah lebih RM300,000 serta denda dan dividen menjangkau RM700,000.Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) mengharapkan dana dari kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM200,000 dan keadaan ini belum mampu untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Gaji pemain yang rendah menyebabkan ramai pemain tidak bersemangat untuk bermain.
Sumber : Pas Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan