Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan : Universiti Tarbiyah

Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita. 

 Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam. 


 1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini.

 2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah.

 3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya.

 4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat tempat dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya. 

 5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Myanmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita. 

 Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: