Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Julai 2012

Tan Sri Khalid Buat "Kejutan "

Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam tadi.

Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya. "Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya. Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. ~bernama

Tiada ulasan: