Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 23 Ogos 2012

Ambiga Berundur Lepas PRU 13

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan tersebut selepas pilihan raya akan datang. Dalam wawancara bersama agensi berita kewangan Bloomberg hari ini, Ambiga berkata langkah itu akan membolehkan beliau lebih fokus dalam firma guamannya yang mengkhususkan undang-undang komersil, harta intelek dan industri. Laporan itu menyebut, ia juga akan membolehkan beliau meluangkan masa dalam bidang kesenian dan kriket, yang diketepikannya untuk bergiat dalam BERSIH. Ambiga berkata usahanya dalam mendukung isu hak wanita, khususnya dalam kes melibatkan isu menukar agama juga masih banyak yang belum selesai. Katanya, mahkamah telah melepaskan tanggungjawab dalam banyak isu melibatkan undang-undang keluarga dalam kes melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ambiga mengetuai dua perhimpunan besar untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang merupakan perhimpunan terbesar sejak pergerakan reformasi pada 1998.

Tiada ulasan: