Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Giliran Shila Amzah Pula Bertudung

 Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

 "Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa. "Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah," katanya~Bus Man

Tiada ulasan: