Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Hutang UNICEL : UMNO Penyebabnya

KONTROVERSI hutang tertunggak antara Universiti Selangor (UNISEL) dan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) mencecah RM 15 juta yang sedang menjadi isu hangat sekarang, menarik perhatian penulis untuk membincangkannya. Sebelum bercerita panjang, penulis suka nak menyatakan disini bahawa bagi sebuah negeri kaya seperti Selangor, RM 15 juta ini bukanlah satu nilai yang besar, simpanan kerajaan negeri beratus kali ganda lebih tinggi dari itu (mencecah RM 2 billion). 

Cuma masalahnya disini ialah UNISEL sebagai agensi yang ada kaitan dengan kerajaan negeri, perlu menjana sendiri sumber pendapatan untuk menampung keperluan operasinya. Kerajaan negeri hanya boleh masuk campur jika keadaan betul-betul mendesak, seperti sekarang (dengan mengambil alih hutang UNISEL). Kebetulan sekarang UNISEL sedang menghadapi masalah kekurangan dana kerana kutipan yuran penginapan dari para pelajar tidak cukup untuk menampung kos operasinya. Tambahan pula UNISEL beberapa tahun kebelakangan ini mengalami sedikit kemerosotan dari jumlah pelajar baru – keadaan di luar kawalan kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini, ditambah dengan hakikat bahawa UNISEL terikat untuk membayar kos membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor. kepada JNSB bagi satu tempoh yang panjang (20 tahun), menyumbang kepada masalah hutang tertunggak yang sedang berlaku. Penulis melihat, soal hutang kos penyelenggaraan ini tidak perlu disegerakan. 

Umum pun tahu bahawa JNSB adalah syarikat yang mempunyai kaitan dengan UMNO. Dalam erti kata lain menyegerakan pembayaran hutang tersebut bermaksud memakmurkan lagi UMNO. Ada yang kata ia milik kroni bekas Menteri Besar, Dr. Khir Toyo, tapi penulis tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut. Bagaimanapun, kroni atau tidak, satu yang pasti, tidak ada syarikat di negara ini yang memperoleh kontrak sebegitu panjang tanpa mempunyai kaitan langsung dengan UMNO. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang berani menganugerahkan kontrak dengan telus, tanpa melihat kecenderungan kepada parti mana sesebuah syarikat itu. Bagi mengatasi masalah ini (selain mengambil alih hutang), penulis suka mencadangkan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh menyalurkan wang dari hutang Talam kepada UNISEL berjumlah RM 249 juta yang diambil alih MBI untuk membantu UNISEL.

 Penulis dimaklumkan DUN Selangor sudah meluluskan peruntukkan tambahan berjumlah RM 392 juta pada 2010 untuk tujuan pengambilalihan hutang ini. Sepatutnya dengan kelulusan ini, kerajaan negeri sudah boleh membayar kepada agensi-agensi kerajaan negeri terbabit jumlah wang yang Talam berhutang dengan mereka, iaitu UNISEL -RM 249 juta, Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) – RM 115 juta dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) – RM28 juta. Penulis tidak pasti dengan KHSB dan PNSB, tapi atas sebab-sebab tertentu, wang yang sepatutnya dibayar kepada UNISEL masih belum disalurkan sehingga sekarang, mungkin ini masa yang sesuai. Sementara itu, para pelajar boleh dipindahkan ke penempatan lain iaitu di 100 buah rumah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Puteri yang baru dibeli UNISEL dengan nilai RM 23 juta. Mungkin semua ini sedikit menyusahkan, tapi hanya permulaan, lama-lama nanti biasalah. Lagipun penulis mendengar, majoriti pelajar UNISEL sekarang adalah terdiri dari anak-anak orang UMNO, tak mengapalah kalau susah sedikit, lama senang dah. – Suara Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: