2. Hartanah yang didakwa bernilai tinggi itu bukan sahaja telah dinilai oleh penilai profesional tetapi juga dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah (JPPH) di bawah bidang kuasa kementerian Kewangan kerajaan Persekutuan. “Sekiranya penilai profesional dan JPPH boleh mencapai satu nilai yang boleh dipersetujui bersama, siapa pula Datuk Chua Tee Yong untuk memberikan nilai yang berbeza terhadap tanah ini? Adakah Datuk Chua Tee Yong memutuskan untuk jadi penilai hartanah dari seorang akauntan?”
P/S :
1.Buat Dato Chua yang merupakan Timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adakah beliau melaksanakan tugas kementeriannya dengan mencari sebab kenapa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFC, apatah lagi ia dimiliki oleh keluarga Ketua Wanita UMNO sendiri Datuk Shahrizat Jalil pada 2008?
2.Adakah Dato Chua akan mengutip semula RM250 juta hutang NFC yang di bawah bidang kuasa kementeriannya sendiri dan adakah beliau pernah mengambil inisitif untuk mencari punca mengapa NFC tidak membayar satu sen pun hutang mereka pada kerajaan apatah lagi hutang tersebut sepatutnya perlu dibayar sejak Januari 2012?~PR SUPPORTER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan