Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Ogos 2012

PM Syria Sertai Pembangkang ?

Perdana Menteri Syria, Riad Farid Hijab (gambar), melalui jurucakapnya telah mengumumukan bahawa beliau telah menyertai kumpulan pembangkang. Pengumuman itu dibuat selepas satu laporan televisyen nasional melaporkan bahawa beliau telah dipecat dari jawatannya. Isnin lalu, pihak berkuasa Jordan mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa bekas Perdana Menteri itu telah selamat tiba di Jordan selepas diseludup masuk melalui sempadan Syria-Jordan,

 “Hari ini, saya mengumumkan bahawa saya tidak akan lagi bersama dengan rejim pembunuh dan pengganas, dan saya mengumumkan bahawa saya telah menyertai revolusi yang memperjuangkan kebebasan dan maruah. "Saya juga ingin mengumumkan bahawa bermula pada hari ini, saya adalah seorang tentera dalam revolusi ini,” kata Hijab di dalam satu kenyataan yang dibaca jurucakapnya Muhammad el-Etri. 

Etri juga turut menyangkal dakwaan bahawa Hijab telah dipecat, dan mengatakan bahawa kerajaan hanya membuat pengumuman tersebut sejurus selepas mereka menyedari bahawa Hijab telah melarikan diri ke Jordan. Etri berkata bahawa rancangan untuk menyertai pembangkang telah dibuat berbulan lamanya, dan rancangan itu hanya dilaksanakan serentak dengan penubuhan Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army). Bekas Perdana Menteri itu turut menggalakkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Syria yang lain untuk turut menyertai pembangkang

Tiada ulasan: