Biarpun sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sangat wajar dipuji.Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, rakyat negara ini sebenarnya sudah cukup bangga dengan Chong Wei apabila berjaya membawa cabaran negara sampai ke peringkat akhir Sukan Olimpik."Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Chong Wei kerana telah bermain bersungguh-sungguh membawa harapan dirinya dan seluruh rakyat Malaysia.
"Rezeki di tangan tuhan, kalah menang adat perlawanan. Namun kita bangga dengan aksi yang ditunjukkan beliau," kata Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Abdul Halim Ahmad.Dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London malam tadi, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China 21-15, 10-21 dan 19-21.
Kekalahan itu sekaligus melenyapkan impian emas pertama negara dan hanya memberi pingat perak.Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.Sejurus kekalah itu semalam, Chong Wei turut menghantar mesej "Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas " melalui twitternya.
Tak perlu rasa bersalah
Sementara itu, mengulas kenyataan minta maaf Chong Wei itu, Abdul Halim berkata pemain nombor satu negara itu tidak perlu rasa bersalah dan rakyat menerima kekalahan itu sebagai adat pertandingan."Kita harap Chong Wei tidak lemah semangat dan berasa kecewa dengan kekalan semalam."Kita masih menyandarkan harapan yang sangat tinggi kepada beliau untuk terus menempa kejayaan dalam kejohanan-kejohanan besar lain akan datang," katanya.~HRKH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan