Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 17 September 2012

16 Sept. Tarikh Duka buat Shabra dan Shatilla

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO). 

Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976. Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. 

Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.

Tiada ulasan: